Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    UOBAM, SCS lancar USCIF

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Bagi menawarkan pelabur runcit di negara ini mendapatkan akses jalinan bersama syarikat-syarikat maju selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UOB Asset Management Brunei (UOBAM Brunei) dan Standard Chartered Securities (SCS), telah melancarkan dana pendapatan tetap mampan buat julung kalinya, United Sustainable Credit Income Fund (USCIF).

    Bersempena pelancaran itu, SCS telah menganjurkan sesi webinar bersama 100 pelanggan mereka, hari ini di mana para pelanggan berpeluang menyaksikan perkongsian dan pandangan tentang pelaburan mampan daripada Ketua Perkongsian Pelaburan dan Penyelesaian, UOBAM, Dharmo Soejanto; dan Ketua Jualan dan Perkembangan Perniagaan, UOBAM, Shankar Panchadcharam; yang dikendalikan oleh Senior Investment Counsellor, SCS, Hazwan Kamarulzaman dan turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Brenda Low.

    Melalui USCIF, para pelabur Brunei boleh melabur untuk pertama kali ke dalam dana pendasar, RobecoSAM SDG Credit Income Fund iaitu sebuah dana yang diasaskan oleh pengurus aset antarabangsa Robeco yang menerajui pelaburan mampan global.

    Manakala SDG PBB merangkumi agenda global untuk pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang mampan untuk dicapai menuju 2030.

    Dharmo Soejanto, menyatakan mereka menyedari akan peranan penting dalam mengemudi kewangan pengguna menjadi pelaburan mampan.

    Brenda Low, Shankar Panchadcharam, Dharmo Soejanto dan Hazwan Kamarulzaman semasa menghadiri sesi webinar anjuran SCS bersempena dengan pelancaran USCIF. – Gambar serahan UOB Asset Management

    “Kami gembira menawarkan USCIF di Brunei melalui kerjasama dengan rakan kongsi yang memiliki pemikiran yang serupa seperti SCS bagi menghasilkan dana yang mampan lebih mudah diakses oleh golongan pelabur.

    “Memandangkan lebih ramai pelabur ingin menggabungkan alam sekitar, sosial dan pertimbangan tadbir urus ke dalam portfolio mereka, kami akan terus menyediakan penyelesaian yang membolehkan pelaburan dapat meraih keuntungan dan juga tujuannya,” tambahnya lagi.

    Dengan pelbagai sektor USCIF ini, ia tersedia dalam pembayaran dividen dan juga accumulative classes, serta dalam kedua-dua nilai dolar AS dan Singapura.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Brenda Low turut berkongsi bahawa Kajian Pelaburan Mapan Standard Chartered 2021 adalah tinjauan kajian tahunan pelabur yang menunjukkan di mana pelaburan mampan berada pada titik kritis.

    Dalam pada itu, kajian didapati sebanyak 81 peratus memiliki minat dalam pelaburan mampan sepanjang masa di mana sebagai jumlah yang tertinggi.

    Manakala sebanyak 61 peratus pula merujuk kepada jumlah pelaburan yang sudah mampan pada tahun ini berbanding dengan 54 peratus pada tahun lepas.

    Bagi 100 pelanggan SCS pertama yang melanggan USCIF akan menerima unit dana.

    Pelanggan yang melanggan mana-mana dana UOBAM mulai hari ini hingga 31 Mac 2022 juga akan layak secara automatik untuk cabutan bertuah dengan peluang memenangi unit bernilai B$500 sama ada dalam USCIF atau United SGD Fund.

    Bakal pelabur juga dikehendaki melengkapkan penilaian pemprofilan risiko pelanggan untuk memastikan mereka faham risk appetite mereka sebelum mengambil sebarang produk kekayaan.

    Selain daripada USCIF, SCS juga mengagihkan dana UOBAM lain seperti United SGD Fund, United Global Quality Growth Fund dan United Healthcare Fund.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda