Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Upacara ikat tali merah sempena TBC

-

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 27 JAN – Persatuan Foochow Kuala Belait telah mengadakan acara bagi menandakan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, kelmarin.

Hadir bagi menyaksikan acara tersebut ialah pengerusi persatuan, Tan Tei Tei dan turut dihadiri oleh ahli-ahli pengerusi, ketua-ketua bahagian serta ahli-ahli persatuan yang lain. Majlis yang diadakan secara sederhana itu adalah bagi menyambut kedatangan Tahun Harimau.

Acara diisi dengan upacara sembahyang dan mengikat tali merah ke atas maskot singa sebagai tanda tradisi sambutan Tahun Baharu Cina.

Disebabkan oleh penularan pandemik, pihak persatuan memaklumkan bahawa mereka memilih untuk tidak mengadakan tarian singa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penari-penari tarian singa dan ahlinya.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli persatuan akan meraikan sambutan tersebut di kediaman masing-masing sejajar dengan garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak persatuan berharap sempena kedata-ngan Tahun Harimau ini akan dapat memberi tuah.

Tan Tei Tei mengikat tali merah pada kepala maskot singa semasa majlis berkenaan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -