Upacara naikkan bendera Pakistan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Suruhanjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Hari Kemerdekaan Republik Islam Pakistan ke-73 tahun yang berlangsung di perkarangan Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Lambak Kanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran sebelum upacara menaikkan bendera kebangsaan yang disempurnakan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey.

Republik Islam Pakistan dan Negara Brunei Darussalam sentiasa berkongsi pandangan yang sama berhubung isu antarabangsa serta hubungan dua hala dari segi diplomatik, kebudayaan, ekonomi dan banyak lagi.

Upacara tersebut dianjurkan dengan penuh bersemangat serta meriah dalam majlis ringkas tetapi berjaya menarik kehadiran sekumpulan besar komuniti Pakistan.

Upacara menaikkan bendera Republik Islam Pakistan oleh Ahmed Ali Sirohey.