Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Upacara pengebumian mangsa serangan di Iran

    AHVAS, Iran, 24 Sept – Beribu-ribu orang berhimpun pagi hari ini di bandar Ahvaz, barat daya Iran, bagi pengebumian mereka yang terbunuh semasa satu serangan ke atas perarakan tentera.

    Wartawan AFP menyaksikan orang awam dan tentera telah mengusung kerada mangsa yang ditutupi dengan bendera Iran.

    Empat serangan militan semasa perarakan tentera Sabtu lalu telah mengorbankan 24 orang awam. Perarakan itu diadakan bagi memperingati permulaan perang Iran-Iraq 1980-1988.

    Saluran televisyen negeri melaporkan bahawa 12 daripada 24 orang yang terkorban dikebumikan di Ahvas, kira-kira 550 kilometer (350 batu) di selatan Tehran, manakala yang lain dikebumikan di kampung halaman mereka.

    Beberapa penduduk membawa gambar mangsa yang terkorban dengan sepanduk yang bertulis “Kita akan bersama kamu hingga akhirnya,” dan “Tidak kepada keganasan”.

    Wanita Iran membawa gambar salah seorang mangsa semasa upacara pengebumian mangsa yang terkorban dalam serangan perarakan tentera Sabtu lalu, di Bandar Ahvas, Iran, kelmarin. – AFP

    Sementara, ada daripada kalangan mereka yang mengibarkan bendera suku etnik Arab dari rantau ini sebagai tanda perpaduan dengan para korban.

    Upacara pengebumian yang diadakan di hadapan Masjid Sarallah itu telah dihadiri oleh beribu-ribu orang termasuk askar, ulama dan para pegawai.

    Mereka yang membuat ucapan termasuk komander semasa perang Angkatan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Mohsen Rezai; timbalan ketua IRGC, Brigadier Jeneral Hossein Salami dan Menteri Perisikan, Mahmood Alavi.

    Pihak berkuasa Iran telah menyalahkan kumpulan pemisah Arab dan menuduh Amerika Syarikat dan Israel menyokong serangan ‘pengganas’ itu. Kumpulan Islamic State (IS) juga mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda