Upacara perkahwinan di kuil disiasat

PUTRAJAYA, 25 MEI – Polis sedang menyiasat satu majlis perkahwinan yang dilangsung-kan di sebuah kuill Hindu di Serdang yang didakwa dihadiri ratusan tetamu, kata Menteri Kanan (Kluster) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata berkata tindakan tersebut nyata melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kelonggaran rumah ibadat kaum lain yang hanya akan bermula pada 10 Jun depan. “Apa yang berlaku (majlis perkahwinan) itu melanggar undang-undang dan difahamkan polis akan mengambil tindakan termasuklah kepada mereka yang menghadirinya,” katanya pada sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini hari ini. – Bernama