Upacara rai Hari kemerdekaan Pakistan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Hari Kemerdekaan Republik Islam Pakistan ke-74 tahun yang berlangsung di perkarangan suruhanjaya berkenaan di Lambak Kanan.

Majlis dimulakan dengan upacara menaikkan bendera kebangsaan yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya

Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Abdul Aziz Tariq.

Upacara tersebut dianjurkan dengan penuh bersemangat serta meriah dalam majlis ringkas tetapi berjaya menarik kehadiran sekumpulan besar komuniti Pakistan.

Republik Islam Pakistan dan Negara Brunei Darussalam sentiasa berkongsi pandangan yang sama berhubung isu antarabangsa serta hubungan dua hala dari segi diplomatik, kebudayaan, ekonomi dan banyak lagi.

TYT Mejar Jeneral (B) Abdul Aziz Tariq ketika menyampaikan ucapan semasa sambutan di Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan, kelmarin.
Antara yang hadir pada upacara menaikkan bendera sempena Hari Kemerdekaan Republik Islam Pakistan ke-74 tahun di perkarangan Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Brunei Darussalam, kelmarin.