Upah ‘pelanduk dua serupa’ ke peperiksaan

DHAKA, 21 OKT – Gara-gara mengupah lapan orang yang serupa wajahnya untuk menduduki peperiksaan untuknya, seorang ahli parlimen dibuang dari universitinya, menurut pegawai hari ini.

Ahli parlimen wanita Bangladesh itu, Tamanna Nusrat dari parti Liga Awami, dituduh membayar lapan orang yang serupa wajahnya untuk menduduki peperiksaan kira-kira 13 kertas ujian.

Skandal itu tercetus selepas penyiar swasta Nagorik TV memasuki dewan ujian dan bertemu dengan seorang wanita yang menyamar sebagai Nusrat, dalam sebuah video yang tular. Nusrat yang dipilih menjadi ahli parlimen tahun lalu, sedang belajar untuk mendapatkan Ijazah Sastera di Universiti Terbuka Bangladesh (BOU). – AFP