Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Upah poter Gunung Kinabalu perlu diselaraskan – Menteri Sabah

    KOTA KINABALU, 4 JULAI – Kadar upah poter atau pembawa barang, di Gunung Kinabalu perlu diselaraskan mengikut kadar yang ditetapkan Taman-Taman Sabah (TTS), kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

    Beliau berkata TTS menetapkan kadar upah untuk poter yang memberi khidmat membawa barangan untuk pendaki Gunung Kinabalu sebanyak RM13 sekilogram dengan minimum jumlah berat 10 kilogram, manakala poter mengangkat barang keperluan penginapan RM5.50 sekilogram.

    Katanya kadar upah poter mengangkat barang keperluan perkhidmatan untuk penginapan dan restoran di gunung itu adalah RM5 sekilogram yang perkhidmatan itu dikendalikan Mountain Torq dan Sutera Sanctuary Lodge.

    “Saya mencadangkan agar Sutera Sanctuary Lodge dan Mountain Torq juga dapat mempertimbangkan untuk selaraskan kadar upah yang sama dengan TTS.

    “Namun kadar upah poter dan malim gunung akan dibincangkan daripada semasa ke semasa agar mereka juga mampu meningkatkan keseimbangan kerja dan mempunyai standard kehidupan yang lebih baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...