Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Upiak Isil dedah sebab tidak berhijab

    Di sebalik kemunculan penyanyi Indonesia, Upiak Isil sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) ramai yang tertanya mengenai imej sebenar pelantun Tak Tun Tuang ini.

    Ini kerana Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda pernah mencuri perhatian dengan tampil imej berhijab sekitar Jun lalu. Menjawab persoalan tersebut, Upiak terlebih dahulu memohon maaf kepada orang ramai mengenai penampilannya.

    Akui Upiak, sebelum ini dia sudah berhijab namun selepas memikirkan penampilannya itu seperti tidak sesuai dengan lagu-lagunya, Upiak membuat keputusan untuk tidak lagi memakainya. Selain itu, dia juga ingin menghormati imej wanita berhijab yang lebih ayu dan sopan.

    “Saya ingin minta maaf kerana bagi saya dan bukan bercakap pasal orang lain, saya rasa kalau saya melawak dengan imej sebegini tetapi bertudung seolah-olah merendahkan nilai dan imej bertudung. Itu perasaan saya. Sebagai contoh saya buat lagu ubat ketiak tetapi pakai tudung, buat aksi guling tepi jalan untuk buat orang ketawa tetapi bertudung seperti kelihatan tidak manis.

    “Jadi saya buat untuk keputusan untuk kembali seperti dahulu. Kalau saya berpakaian seperti dalam GV ini, ianya tidak sesuai untuk wanita yang bertudung seharusnya harus menutupi bahagian tertentu dan yang ketat,” jelas Upiak

    Tidak lari daripada kecaman warganet, Upiak berkata tidak perlu jelaskan kepada mereka mengenai keputusannya itu dan menyerahkan perihal hukum agama kepada Allah SWT.

    “Ada tetapi biarkan Allah yang menilai saya. Saya tidak akan jelaskan terperinci seperti ini kepada mereka sebab saya tahu saya salah kenapa saya berhijab dan kemudiannya buka kembali, kalau belum bersedia kenapa pakai? Saya tahu saya salah,” kata Upiak lagi
    Dalam pada itu, Upiak turut menegaskan penampilan berhijabnya sebelum ini adalah kerana bekas suami-nya. Malah, penyanyi bersuara lunak ini juga akan mengenakan tudung sekiranya pulang ke kampung bagi menghormati masyarakat sekeliling.

    “Tidak, saya bukan berhijab kerana dia. Selalunya kalau pulang ke kampung saya akan pakai tudung sebab saya tidak mahu orang kampung lihat imej saya seperti ini” kongsinya. – Agensi

    Akui Upiak, sebelum ini dia sudah berhijab namun selepas memikirkan penampilannya itu seperti tidak sesuai dengan lagu-lagunya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...