Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    UPK Balai Polis Berakas berjaya kumpul 37 pain darah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Sebanyak 37 pain darah telah berjaya dikumpulkan semasa kempen derma darah anjuran Unit Pengawasan Kejiranan (UPK) Balai Polis Berakas dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Dewan Serba guna, Balai Polis Berakas, hari ini.

    Para penderma terdiri daripada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan UPK.

    ASP Pengiran Haji Muhammad Habir bin Pengiran Haji Salleh selaku pengerusi kempen berkata, kempen amal itu diadakan sempena ulang tahun ke-101 penubuhan PPDB.

    Pada masa yang sama, tambah beliau, ia juga sebahagian daripada inisiatif yang unit itu ungkayahkan untuk membantu Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS bagi memastikan bekalan darah mencukupi.

    Sementara itu, Penyelia Pusat Tabung Darah Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud berkata, secara purata pusat itu menggunakan kira-kira 50 hingga 60 pain darah untuk merawat pesakit yang memerlukan pemindahan darah.

    Tambahnya, dengan kempen derma darah yang aktif dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak, pusat itu amat berterima kasih kepada orang ramai dalam memastikan stok darah berada dalam bekalan yang mencukupi.

    Menyentuh mengenai berapa banyak kempen darah yang dianjurkan dalam sebulan, Haji Matusop berkongsi bahawa dalam sebulan lebih kurang 20 kempen derma darah dijalankan sama ada di jabatan kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan lain-lain.

    Sebelum menderma darah, penderma perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan sama ada mereka boleh menderma darah atau tidak.

    Pada masa yang sama, mereka yang ingin menderma darah perlu memberikan perincian yang mencukupi mengenai keadaan kesihatan terutama yang menghidap penyakit berjangkit, katanya.

    Salah seorang penderma darah daripada anggota PPDB melakukan pemeriksaan pada kempen derma darah di Dewan Serba guna, Balai Polis Berakas.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...