Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    UPKO hargai kerajaan perpaduan tangani isu MA63

    KOTA KINABALU, 12 SEPT – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menghargai komitmen serta kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu berbangkit berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menerusi Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

    Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata kesungguhan itu dibuktikan menerusi beberapa inisiatif baharu dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu berkenaan termasuk pelonggaran peraturan perolehan dan penyerahan kuasa kawal selia gas kepada kerajaan Sabah. 

    “Komitmen itu juga dapat dilihat melalui penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan Sabah yang dijangka dapat dimuktamadkan menjelang Januari tahun depan. Ini akan membolehkan Sabah mengawal selia bekalan gas dan elektrik berdasarkan kepentingan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul KSP RMK12 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi’ pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkata pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak akan terus diberi tumpuan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...