Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ursula: Koronavirus musuh luar biasa dunia

    BERLIN, 18 MAC – Presiden Suruhanjaya Eropah berkata kelmarin, Eropah sebelum ini terlalu memandang remeh koronavirus novel (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu.

    Ursula von der Leyen memberitahu akhbar Bild di Jerman, mungkin beberapa minggu lalu langkah untuk menentang virus ini dianggap terlalu kejam tetapi kini ia menjadi tindakan yang terpaksa diambil.

    “Kita semua yang bukan pakar, pada awalnya memandang remeh COVID-19. Tetapi akhirnya virus itu membuatkan kita semua menjadi tidak keruan dan terpaksa berusaha keras untuk jangka masa yang lama,” katanya sambil menambah penting untuk mematuhi pengisytiharan perintah berkurung yang dikenakan oleh beberapa negara EU.

    Presiden Perancis Emmanual Macron menyifatkan perjuangan untuk mencegah virus itu umpama “peperangan,” tetapi von der Leyen berkata:

    “Saya sendiri tidak akan menggunakan perkataan itu, tetapi saya faham apa yang cuba disampaikan Presiden Perancis itu. Kerana COVID-19 musuh yang luar biasa. Kita tidak boleh melihatnya, tidak mempunyai warna, tidak boleh merasanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda