Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Uruguay dan Korea sama kuat

    DOHA, 24 NOV – Kepulangan Son Heung-min gagal untuk mendorong Korea Selatan apabila pasukan Tigers of Asia itu memulakan kempen Piala Dunia Kumpulan H mereka dengan keputusan seri 0-0 menentang Uruguay di Qatar, kelmarin.

    Kapten Uruguay, Diego Godin dan pemain tengah Real Madrid, Federico Valverde juga hampir memecah kebuntuan apabila cubaan mereka terkena tiang gawang, manakala Hwang Ui-jo mensia-siakan peluang terbaik Korea untuk berada di depan, selepas tendangan jarak dekatnya tersasar.

    Perlawanan berkenaan menyaksikan penyerang Son, Luis Suarez, Darwin Nunez dan Edinson Cavani daripada kedua-dua pasukan dikawal ketat sehingga menyukarkan mereka untuk mencari ruang.

    Dengan perlawanan seterusnya menentang Ghana dan pasukan pilihan, Portugal, mereka tampak lebih berminat untuk tidak kalah berbanding berusaha sehabis baik untuk mencari kemenangan di Stadium Education City, Doha. Kedua-dua jurulatih pasukan berpuas hati dengan satu mata.

    “Ini merupakan perlawanan yang sangat baik daripada pasukan kami. Kami mempunyai banyak momen di mana kami mengawal permainan,” kata jurulatih Korea Selatan dari Portugal, Paulo Bento.

    Aksi Jung Woo-young (kiri), bersaing dengan Federico Valverde dalam perlawanan Kumpulan H antara Korea Selatan dan Uruguay, di Stadium Education City, Al Rayyan, kelmarin. – AP

    “Selepas babak pertama, kami menderita sedikit kerana mereka mempunyai pemain yang berkualiti tinggi, namun kami berjaya mengawal keadaan,”

    Jurulatih Uruguay, Diego Alonso menambah, “Ia adalah perlawanan yang sengit antara dua negara yang kompetitif.

    “Pada babak pertama, kami bergelut untuk mendapatkan bola. Namun, kami melakukan sedikit penyelarasan dan berjaya mendominasi babak kedua.”

    Tiada satu pasukan pun yang berjaya mencipta gol kemenangan, dengan Son yang tentunya belum cergas 100 peratus.

    “Dia kurang aktif dalam permainan kali ini. Ia adalah perkara biasa selepas mengalami kecederaan… Dia perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri semula,” kata Bento. Di pihak satu lagi, Suarez, penjaring gol terbanyak Uruguay, juga kurang menyengat dan telah digantikan oleh rakan veteran, Cavani pada babak kedua. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...