Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Urus kewangan dengan lebih baik

-

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Sebagai usaha berterusannya untuk meningkatkan kesedaran dan manfaat pengurusan kewangan lebih baik, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan taklimat kewangan bagi pelajar baru Universiti Islam Sultan Syarif Ali dan warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) secara berasingan.

Lebih 400 orang pelajar baru UNISSA dan kakitangan dari KKBS hadir mendengarkan taklimat berkenaan yang juga antara lain bertujuan untuk menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran mengenai celik kewangan di negara ini.

Kedua-dua taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Perancang Kewangan Islam BIBD, Dayangku Vivi Aryani binti Pengiran Abdul Rahman dan Dayang Noruldiana Shim binti Pengiran Haji Hashim.

Aktiviti-aktiviti seumpamanya diharap melindungi masa depan kewangan penerima dengan memupuk tabiat lebih baik dan mengembangkan keputusan yang bertanggungjawab.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -