Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Urus niaga kargo kereta api China- Laos lepasi RMB100 juta

    BEIJING, 16 DIS – Kereta api kargo antarabangsa yang membawa 11 kontena dengan muatan termasuk kain kapas, poliester, kulit tiruan dan zip dilancarkan dari Kunming, provinsi Yunnan menuju ke Laos semalam.

    Ini menandakan nilai keseluruhan urus niaga kargo antarabangsa China-Laos yang melalui kastam Kunming melebihi RMB100 juta yuan (RM66.41 juta) sejak landasan kereta api China-Laos beroperasi.

    Perkhidmatan logistik rentas sempadan kereta api China-Laos bermula pada 4 Disember, dengan kereta api kargo antarabangsa eksport pertama berjaya menyelesaikan prosedur berkaitan di kastam Kunming.

    Setakat 15 Disember, sebanyak 31 kereta api kargo antarabangsa China-Laos telah diperiksa dan dilepaskan melalui kastam itu dengan jumlah barangan import eksport mencecah 17,100 tan yang bernilai kira-kira RMB107 juta yuan (RM 71 juta).

    Kebanyakan barangan import adalah terdiri getah semula jadi, baja kimia dan bijih besi, manakala barangan eksport pula majoritinya merupakan sayur-sayuran, buah-buahan, keluli, produk mesin dan elektronik.

    Dengan beroperasinya kastam Mohan, China dan landasan kereta api China-Laos, komunikasi dan kerjasama ekonomi serta perdagangan antara China dengan Laos termasuk di kawasan sekitarnya berupaya mencapai pembangunan berkualiti tinggi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda