Urusan persaraan masih boleh dilakukan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Para penjawat awam yang akan bersara semasa pandemik ini boleh membuat urusan atau menyelesaikan urusan persaraan mereka dan boleh menghubungi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta kementerian-kementerian berkaitan yang masih lagi beroperasi seperti sebelumnya.

Meskipun beberapa kaunter ditutup, tetapi kementerian-kementerian masih lagi beroperasi dan berfungsi.Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan perkara tersebut semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Dato mengulas lanjut bahawa meski-pun dalam situasi pada masa ini, urusan persaraan masih lagi diteruskan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya.

Isu-isu seperti pengurusan penyelesaian pembayaran hutang, bil elektrik dan yang berkaitan dengannya juga masih dapat diproses serta dijalankan meskipun tanpa mengunjungi kaunter-kaunter.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani