USAerospace, Efromovich berminat dengan Alitalia Itali

MILAN, 22 MEI – Kumpulan perkhidmatan penerbangan USAerospace Partners dan ahli perniagaan Jerman, Efromovich, mengatakan bahawa mereka berminat untuk melabur di syarikat penerbangan Itali, Alitalia.

Rom telah bersiap untuk mengambil alih kawalan syarikat penerbangan yang bermasalah itu setelah tiga percubaan penstrukturan semulanya yang gagal.

Masalah kewangan syarikat semakin teruk terjejas akibat krisis COVID-19 yang melanda keseluruhan industri penerbangan. Kerajaan mengatakan akan menjana 3 bilion euro (AS$3.2 bilion) ke sebuah syarikat milik negara itu untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Tetapi hari ini, ketua USAerospace, Michele Roosevelt Edwards mengatakan dia terbuka dan kemungkinan bergabung dengan kerajaan Itali dan pelabur lain untuk menyusun semula syarikat penerbangan nasional itu.

Efromovich, bekas pemilik syarikat penerbangan Colombia Avianca, mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk melabur sebanyak satu bilion euro.

Dia bersedia untuk menjadi rakan kongsi, tetapi jika rakan kongsi itu merangkumi sektor awam, “Saya akan mempunyai satu syarat dengan tidak ada campur tangan politik,” katanya. – AFP