Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usah cemas, JKN adakan eksesais bersama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Jawatankuasa Keselamatan Negara (JKN) melalui Jawatankuasa Keselamatan (Security) Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan mengendalikan Eksesais Keselamatan Bersama, esok.

    Eksesais berkenaan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama akan diadakan pada sebelah pagi di kawasan The Empire Hotel & Country Club, manakala itu, bahagian kedua pula akan diadakan pada lewat malam di sepanjang Lebuh Raya Tungku yang akan melibatkan penutupan sebahagian jalan di sepanjang lebuh raya tersebut.

    Jalan di antara flyover Rimba dan flyover UBD akan mula ditutup dan dikawal selia bermula jam 10 malam hingga latihan selesai dijalankan, menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

    Sehubungan itu, orang ramai yang menetap atau bertugas berdekatan kawasan eksesais dinasihatkan untuk tidak merasa cemas atau bimbang dengan pergerakan anggota-anggota keselamatan beruniform, kenderaan, pesawat udara, rondaan perairan serta bunyi letupan dan pyrotechnics yang akan digunakan sepanjang eksesais berlangsung.

    Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi sebarang arahan anggota keselamatan yang bertugas.

    Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Negara, Pasukan Polis Diraja Brunei di talian 2459500 sambungan 444.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda