Akhir-akhir ini, apabila saya melayari media-media sosial, terlalu banyak perkara yang tidak bermoral telah dikongsikan sama ada secara langsung atau tidak.
Amat mengejutkan dan menyedihkan, terdapat golongan yang seakan-akan menerima dan menormalkan ‘gender ketiga’ ini.
Ketika saya masuk dalam sesi siaran langsung TikTok salah seorang ‘gender ketiga’ yang mempunyai ribuan pengikut, ramai yang memberi tanda suka (like) dan memuji penampilannya, bukan pula memberi nasihat atau teguran.
Sokongan yang tidak sepatutnya itu telah membuatkan mereka lebih seronok melakukan perkara tersebut kerana mempunyai peminat yang ramai.
Ini sudah tentu bukan budaya Melayu dan terang-terangan bertentangan dengan agama kita.
Tambahan lagi, golongan tersebut mula membuat paid review atau apa-apa perniagaan lain bagi menjana pendapatan mereka kerana diupah oleh sebilangan peniaga dalam talian agar jualan mereka laris.
Penulis berharap agar pihak-pihak yang berkenaan berusaha memperketatkan lagi undang-undang media sosial dan membuat sekatan pada akaun yang meruntuhkan adab dan tatasusila.
Selain itu, kerjasama masyarakat juga diperlukan agar tidak menyokong dan membanggakan golongan seperti itu.
Jika perangai-perangai tidak senonoh dipertontonkan kepada masyarakat dan tidak dibendung oleh pihak berkuasa, ditakuti kesan daripada budaya tidak bermoral itu akan berleluasa.
Jan