
SERIA, 19 Jan – Sebagai inisiatif Telekom Brunei Berhad (TelBru) dan Huawei Technologies (B) Sdn Bhd untuk pembangunan bakat ICT tempatan generasi akan datang dan pembangunan industri ICT di negara ini, kedua-dua syarikat berkenaan telah menyumbangkan tajaan peralatan Terminal Talian Optikal (OLT) gentian optik kepada Politeknik Brunei di sini.
Majlis penyerahan tajaan yang diadakan di Sekolah Sains dan Kejuruteraan Politeknik Brunei di Lumut kelmarin telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Holliday selaku tetamu kehormat kepada Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai. (Klik di sini untuk berita lanjut)