PENNE, 20 Jan – Usaha mencari mangsa ‘hotel keranda’ yang terselamat diteruskan selepas 25 orang dikhuatiri maut selepas runtuhan salji menenggelamkan sebuah hotel di timur pergunungan Grand Sasso, Itali.
Pegawai berkata, antara 20 hingga 22 tetamu dan tujuh atau lapan kakitangan bertugas ketika hotel itu tenggelam dalam runtuhan salji.
Usaha menyelamatkan diteruskan hingga malam tetapi prospek mangsa diselamatkan hidup-hidup dari Hotel Rigopiano kelihatan pudar.
Hotel berkenaan ditenggelami salji setebal dua meter lewat Rabu dengan kesannya cukup kuat untuk meruntuhkan bangunan tiga tingkat berkenaan dan menggerakkannya hingga 10 meter dari tempat asal.
“Kami berharap masih ada mangsa terselamat di dalamnya dan kini tentera melakukan apa yang mampu untuk memperbaiki laluan,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri. – AFP
































