Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Usaha cari mangsa tertimbus dihentikan

YANGON, 24 DIS – Penyelamat di bahagian utara Myanmar berkata jumlah kematian yang disahkan daripada kejadian tanah runtuh di lombong jed batu meningkat kepada enam orang hari ini dan mereka memaklumkan bahawa operasi mencari telah ditamatkan dengan puluhan lagi masih hilang dan dianggap terkorban.

Setiap tahun kematian dicatat dalam perdagangan jed yang tidak diuruskan dengan baik di negara itu, yang menyaksikan pekerja migran dibayar dengan gaji rendah melombong batu jed untuk dijual di negara jiran, China.

Pihak berkuasa sebelum ini menjangkakan sekurang-kurangnya 70 orang dikhuatiri hilang selepas tanah runtuh pada awal Rabu, namun menambah mereka masih belum mengesahkan angka tersebut.

“Kami menamatkan usaha mencari pada 4:30 petang hari ini. Dengan dua lagi mayat ditemui, menjadikan jumlah keseluruhan enam mayat yang ditemui,” Ko Jack dari Organisasi Penyelamat Myanmar memberitahu AFP. – AFP

Anggota penyelamat mencari mangsa yang hilang di kawasan pelombong jed di Hpakant, Myanmar.- AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -