Usaha damai Palestin buntu

GAZA,1 Dis – Puak Palestin yang bersaing telah menangguhkan penyerahan kuasa di Semenanjung Gaza untuk sekurang-kurangnya 10 hari, telah mencetuskan kebimbangan semalam bahawa satu perjanjian bersejarah untuk menamatkan persengketaan mereka selama satu dekad dijangka gagal.

Beberapa siri serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sebagai respon kepada tembakan mortar terhadap tentera Israel, menandakan kesukaran yang dihadapi dalam mencapai usaha perdamaian di Palestin.

Fatah dan Hamas mengumumkan penangguhan penyerahan pada lewat Rabu selepas percanggahan pendapat telah membatalkan satu pelan untuk mengembalikan kuasa awam kepada Pihak Berkuasa Palestin di Semenanjung Gaza pada hari ini.

Penyerahan akan menamatkan penguasaan gerakan Islam Hamas selama 10 tahun di Palestin dan dengan menambahkan bantuan kemanusiaan yang merosot dapat diatasi.

Pelbagai isu kompleks masih belum diselesaikan, termasuklah kawalan keselamatan di Semenanjung Gaza dan nasib dua pentadbiran awam yang berasingan.

Usaha perdamaian sebelumnya di antara gerakan Fatah pimpinan presiden Palestin Mahmud Abbas, yang berpangkalan di Tebing Barat, dan puak bersaing Hamas menemui kegagalan sebelum ini.

Kedua-dua puak masih belum mengemukakan pelan mengenai bagaimana mereka akan menyelesaikan isu yang masih belum selesai sebelum tarikh akhir pada 10 Disember di bawah perjanjian yang ditaja oleh Mesir. – AFP