Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha dekati masyarakat dengan masjid

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 29 Mac – Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan keagamaan yang dapat menarik minat semua golongan masyarakat di setiap masjid, Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai, Tutong dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong telah mengadakan Bengkel ‘Indahnya Solat’ dan ‘Memahami Kitab Turas’ di masjid berkenaan, pagi tadi.

    Seramai 40 orang yang terdiri daripada belia dan beliawanis telah mengikuti bengkel berkenaan yang diharap dapat memberi ilmu yang berguna kepada masyarakat, sekali gus akan menyampaikannya kepada ma-syarakat yang lain.

    Antara kandungan bengkel termasuk perkara-perkara yang berhubung kait dengan solat dan segala hukum-hukum yang kandung di dalamnya dan pengajian Kitab Tanbih Al-Ghafilin bertajuk ‘Dosa-dosa dan Seksa bagi yang Meninggalkan Sembahyang’.

    Bengkel berkenaan antara lain berobjektif untuk memberi pengetahuan yang meluas kepada peserta tentang kepentingan solat, memberi keyakinan dan kepercayaan kepada peserta bengkel tentang kesempurnaan solat dan memberi kefahaman kepada peserta tentang pengajian kitab-kitab lama (Kitab Turas).

    Selain itu juga untuk melahirkan sebuah keluarga atau masyarakat Islam yang bahagia, berkasih sayang, hormat-menghormati dan mengeratkan silaturahim dalam sesebuah masyarakat di samping sebagai salah satu kegiatan takmir masjid.

    Gambar ramai penceramah dan peserta-peserta yang mengikuti bengkel berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda