Usaha dekatkan belia dengan masjid

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Dalam usaha mendekatkan para belia dengan masjid dan membincangkan hala tuju serta aktiviti ahli jawatankuasa belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Kumpulan Belia Masjid Lumapas telah mengadakan majlis taklimat kemasukan belia dan beliawanis Ashabul Akhyar, Masjid Kampung Lumapas bagi sesi 2019-2020, hari ini.

Taklimat tersebut, yang diadakan di Ruang Muslimah Masjid Kampung Lumapas, telah disampaikan oleh Ketua Unit Belia, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Yushli bin Haji Ashli.

Tujuh orang belia dan beliawanis telah mengikuti taklimat berkenaan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Ashabul Akhyar 2019/2020.

Taklimat itu juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara ahli jawatankuasa belia masjid dengan Unit Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid, serta untuk mendidik dan melatih belia dan beliawanis masjid agar menjadi pemimpin dan sebagai ‘modal peranan’ kepada belia yang lain.

Haji Yushli ketika menyampaikan taklimat kepada para belia.