PADA tahun 1859, seorang bekas penyeludup East India Company, Merrick Tremayne hidup terperangkap di dalam rumahnya di Cornwall setelah mendapat kecederaan yang mengakibatkan dia hampir kehilangan kakinya dan sesuatu sepertinya tidak kena terjadi, patung-patung telah beralih dan pokok-pokok pinus datuknya telah meletup dan abangnya telah mendakwa bahawa Merrick telah kehilangan akalnya.
Apabila Pejabat India menawarkan tugasan kepada Merrick untuk mendapatkan kuinina, bahan yang digunakan untuk merawat malaria, di dalam belantara di Peru, Merrick tahu bahawa itu adalah kerja gila.
Telah ramai orang-orang yang lebih sihat dan cergas daripadanya telah kehilangan nyawa ketika menjalankan tugasan itu, sedangkan dirinya kini susah untuk berjalan.Akan tetapi kerana terdesak untuk meninggalkan rumah tersebut dan isi-isinya, Merrick menerima tugasan tersebut meskipun dia tahu akan risikonya.
Di pinggir hutan Amazon itu, sempadan di antara perkampungan telah dibahagikan dengan sira. Sesiapa sahaja yang berani menyeberanginya telah dibunuh oleh sesuatu yang datang mengendap di antara celah-celah pokok. Akan tetapi di sebalik sempadan itu jugalah letaknya pohon-pohon kuinina, dan jalan-jalan lain menujunya telah pun ditutup.

Meskipun mendengar banyak cerita-cerita daripada penduduk tempatan mengenai sumpahan hutan tersebut, Merrick harus membezakan di antara realiti dan juga dongengan.
Dia harus mencari tahu apakah sebenarnya yang terjadi kepada ekspedisi-ekspedisi yang datang sebelum mereka, kenapa penduduk kampung ditegah daripada memasuki hutan tersebut dan apakah terjadi kepada Raphael, seorang paderi muda yang sepertinya mengenali datuk Merrick yang pernah datang ke Peru beberapa puluh tahun yang lalu.