Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Usaha, doa, sokongan lahirkan insan berjaya

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap pelajar setelah berjaya menamatkan pengajian di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) bagi sesi 2021 baru-baru ini.

    Dalam kegembiraan itu, pihak media sempat menemubual beberapa orang pelajar yang diraikan dalam Majlis Hafl Al-Takarruj yang diadakan baru-baru ini, di mana rata-rata melahirkan rasa syukur dengan kejayaan yang diperoleh melalui usaha dengan sokongan ibu bapa dan juga guru-guru.

    Di majlis itu, Hajah Nurul Anishah Khairina binti Dr Haji Rozaiman telah diumumkan sebagai pelajar Mithali yang mana beliau tidak menyangka akan terpilih dalam menerima gelaran itu.

    Beliau yang bergiat aktif mengikuti aktiviti-aktiviti dan pertandingan sama ada di luar mahupun dalam sekolah juga tidak leka menjaga akhlak dan disiplin dengan sebaik mungkin terutamanya terhadap guru-guru dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pembelajaran walaupun keputusan tidak seperti yang diinginkan.

    “Di sebalik kejayaan ini, doa ibu bapa dan sokongan serta bantuan rakan seperjuangan telah membawa saya ke peringkat ini,” tambahnya.

    Hajah Nurul Anishah Khairini semasa menerima hadiah daripada tetamu kehormat majlis sekali gus beliau diumumkan sebagai pelajar Mithali.
    Dayang Siti Nur Dini Zulaikha melahirkan rasa syukur dengan usaha yang dilakukan untuk mencapai apa yang diimpikan setelah berjaya mendapat keputusan 6 O (2A* dan 3 A).
    Dayang Nuramal Shofiyyah, salah seorang penerima SPUB yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang.
    Antara pelajar SUAMPRIPAHS yang diraikan pada Majlis Hafl Al-Takharruj.

    Dengan gelaran yang diperoleh ini, jelasnya, dari segi pengajian ia akan menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan pembelajaran di masa akan datang manakala dari segi kehidupan pula, gelaran ini akan menjadi contoh kepada generasi akan datang untuk terus belajar dengan tekun bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.

    Beliau turut berkongsi kata-kata semangat untuk jangan pernah berputus asa ketika mendapat keputusan yang tidak seperti yang dimahukan, tetapi tetap teruskan perjuangan dalam pembelajaran sehingga tercapai kejayaan itu.

    Manakala temu bual media dengan pelajar terbaik dalam peperiksaan peringkat O, Dayang Siti Nur Dini Zulaikha binti Zulkefli yang telah berjaya mendapat keputusan 6 O (2A* dan 3 A), melahirkan rasa syukur dengan usaha yang dilakukan untuk mencapai apa yang diimpikan.

    Ketika mengongsikan dalam membuat persiapan bagi menjalani peperiksaan peringkat O dan juga SPUB, di mana teknik yang dilakukan adalah memberi perhatian kepada mata pelajaran yang susah dahulu, di mana waktu untuk pembelajaran peringkat O dilakukan pada sebelah pagi.

    Manakala itu, bagi mata pelajaran Bahasa Arab pula dibuat pada sebelah petang dan seterusnya pada sebalah malam, beliau menumpukan pada semua perkara-perkara penting dan wajib yang perlu diingati.

    Dengan menjadi salah seorang pelajar terbaik dalam peperiksaan itu, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira di samping pada masa yang sama berasa teruja untuk menerima anugerah penting semasa pengajian di sekolah berkenaan.

    Beliau seterusnya berharap selepas ini untuk terus maju bagi membanggakan keluarga dan membalas jasa kedua ibu bapa dan berjaya dunia akhirat.

    Di samping memberi tumpuan kepada bidang akademik, beliau juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti praktikal haji, membuat poster, lawatan dan pernah menjadi sukarelawan di bandar untuk acara cabaran berintangan.

    Menjadi salah seorang pelajar penerima SPUB, Dayang Nuramal Shofiyyah binti Irma Shukrin melahirkan perasaan sangat gembira kerana usaha yang dibuat itu membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka sekali gus ia menjadi pembakar semangat untuk terus belajar.

    Beliau yang memperoleh agregat 6, lima daripada lapan subjek tersebut mendapat keputusan Mumtaz Star itu mengongsikan bahawa antara cabaran yang terbesar adalah membahagikan masa untuk belajar SPUB dan peperiksaan peringkat O pada masa yang sama.

    Katanya, “Waktu untuk rehat sungguh singkat dan sering kali mengorbankan waktu tidur dan pembelajaran semakin mencabar semasa pandemik COVID-19 kerana pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian dan perlu berusaha untuk memahami sendiri apa yang telah diajar”.

    Beliau seterusnya berhasrat untuk meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dalam bidang Usuluddin Tafsir, kerana sangat berminat untuk mendalami ilmu-ilmu agama apatah lagi mengenai akidah dan Al-Quran.

    “Di sebalik kejayaan yang dicapai hari ini, ia adalah berkat doa dan sokongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang untuk sampai ke tahap ini,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...