Usaha kumpul warisan muzik

HOHHOT – Satu pangkalan data yang mengandungi lebih 30,000 karya muzik Mongolia telah dibina di Wilayah Autonomi Inner Mongolia, Utara China, menurut jabatan publisiti rantau itu, baru-baru ini.

Mengumpul kesemua muzik Mongolia itu, sama ada dengan penyusunannya, melakukan kerja digital mengambil masa selama 10 tahun.

Segala pangkalan data mengenai muzik Mongolia ini telah dikumpulkan dari negara China, Mongolia, termasuk di Rusia, iaitu Republik Tuva, Kalmykia, Buryatia dan wilayah Altai. Ia juga termasuk dengan karya-karya muzik daripada 5,600 pemuzik di negara China, Mongolia dan Rusia.

Ciri warisan budaya

Sebab utama untuk mengumpulkan muzik-muzik ke pangkalan data ini adalah kerana ia mempunyai ciri-ciri warisan budaya secara tidak langsung, termasuk lagu panjang Mongolia, nyanyian khoomei, lagu-lagu kerakyatan dan muzik yang dimainkan oleh morin khuur, juga dikenali sebagai biola kuda iaitu satu alat muzik yang penting dari Mongolia dan alat ini dianggap sebagai sebuah lambang untuk negara tersebut.

“Statistik telah menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada 100,000 muzik Mongolia di negara China, Mongolia dan Rusia keseluruhannya. Jika secara terperinci, muzik Mongolia di China yang telah dikumpul sebanyak 40,000, di Mongolia 30,000 dan di negara Rusia sebanyak 35,000,” kata Hasbgen yang bersama dengan syarikat media dan budaya di padang rumput syurga di Inner Mongolia, yang bertanggungjawab untuk membina projek pangkalan data tersebut.

Usaha memelihara

“Pada masa ini, kami telah mengumpulkan lebih daripada 50,000 muzik dan telah menyempurnakan kerja digital lebih daripada 30,000 karya,” katanya.

Projek membina pangkalan data ini adalah sebagai salah satu usaha daripada penduduk-penduduk di wilayah tersebut untuk memelihara dan mewarisi muzik-muzik asli Mongolia.

Tambahan lagi, ia sangat penting untuk melindungi hak cipta dan bagi karya-karya muzik Mongolia. – Xinhua

Remaja tempatan Mongolia memainkan alat muzik yang dinamakan biola kuda atau dikenali sebagai morin khuur. – Xinhua