Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha lindungi orangutan albino

    Orangutan albino yang dicadangkan untuk ditempatkan di satu kawasan rizab khas di Kalimatan Tengah. – AP

    JAKARTA, Indonesia, 20 Sept – Sebuah kumpulan pemuliharaan di Indonesia berkata ia ingin mencipta kawasan seluas 5 hektar bagi menempatkan orangutan albino selepas ia diselamatkan daripada orang-orang kampung awal tahun ini.

    Yayasan Kemandirian Orangutan Borneo hari ini berkata bahawa orangutan yang berusia 5 tahun yang dinamakan Alba itu tidak boleh dikembalikan ke kehidupan liar disebabkan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan albinonya termasuk penglihatan dan pendengaran kurang jelas serta kebarangkalian kanser kulit pada masa akan datang.

    Jurucakap Nico Hermanu berkata yayasan itu sedang memulakan satu rayuan awam untuk mengumpul derma sehingga AS$80,000 yang diperlukan untuk membeli tanah bagi rizab khas berdekatan pusat pemulihan orangutan mereka di Kalimantan tengah di pulau besar Borneo.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda