Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Usaha mempertahankan warisan terbang ‘voladores’ Mexico

-

KELIHATAN empat orang anak muda sedang mendaki ke puncak tiang yang tinggi, kemudian mengikat kaki mereka dan melemparkan diri mereka ke bawah serta berpusing-pusing ke depan, ke belakang di udara.

Tidak, ia bukanlah satu cabaran media sosial terkini namun ia adalah warisan turun temurun masyarakat Mexico yang dikenali sebagai ‘Danza de los Voladores’ atau tarian terbang, satu ritual yang telah diamalkan lebih daripada 2,500 tahun dahulu oleh masyarakat Totonac di bandar raya Mexico.

Mereka akan berputar dalam bentuk bulatan dan berpusing-pusing terbang tinggi kemudian perlahan-lahan akan turun ke bawah, berpakaian serba putih, bercelana merah dan memakai topi conical yang berwarna pelangi.

Manakala penari yang kelima pula berdiri di tengah-tengah tiang tersebut yang mempunyai ketinggian sekitar 30 meter sambil memainkan lagu tradisional iaitu seruling buluh dan gendang kecil. Setiap aspek tradisi mempunyai nilai yang begitu bermakna khususnya bagi masyarakat Totonac, yang menggunakan tarian ini untuk meminta pertolongan tuhan mereka bagi menurunkan hujan dan mengurniakan kesuburan.

Empat belia muda tersebut mewakili empat titik cardinal kosmologi mereka dan penari kelima pula adalah pusat kepada titik tersebut. Tiga belas pusingan yang mereka buat di sekeliling batang pokok tersebut kemudian didarab dengan empat, sama dengan bilangan pusingan tahunan dalam kalendar nenek moyang mereka, iaitu 52. Manakala, warna-warna pelangi yang mereka gunakan itu mewakili warna pelangi yang muncul selepas sahaja hujan turun.

Penari yang kelima pula berdiri di tengah-tengah tiang tersebut yang mempunyai ketinggian sekitar 30 meter sambil memainkan lagu tradisional iaitu seruling buluh dan gendang kecil. – AFP
Tiang pokok didirikan untuk melakukan tarian tersebut. – AFP
Tarian tersebut merupakan tradisi masyarakat Totonac yang dicipta untuk menamatkan musim kemarau yang dahsyat di Mexico. – AFP

Tarian warisan turun temurun masyarakat Mexico yang dikenali sebagai ‘Danza de los Voladores’ iaitu satu ritual yang telah diamalkan lebih daripada 2,500 tahun dahulu oleh masyarakat Totonac di bandar raya Mexico. – AFP

“Tarian tersebut merupakan tradisi masyarakat Totonac yang dicipta untuk menamatkan musim kemarau yang dahsyat di Mexico. Lazimnya, tarian memerlukan lima lelaki muda, yang memanjat ke puncak tiang tinggi dan melemparkan diri mereka seperti seekor burung,” kata Cruz Ramirez yang berusia 58 tahun, seorang veteran dalam tradisi tersebut.

Namun pada tahun 2019, melompat ke belakang khususnya di atas tiang ketinggian 30 meter bukanlah untuk semua orang. Ramirez dan juga beberapa orang datuk dalam masyarakat tersebut berusaha untuk membawa tradisi ini ke dalam dunia moden sekali gus berusaha untuk memuliharanya.

Golongan veteran ini mengasaskan sebuah sekolah iaitu Sekolah Papantla Flying, di mana voladores muda kini sedang belajar seni terbang itu daripada guru-guru profesional dan diberikan manfaat seperti insurans hayat dan kemalangan, perlindungan undang-undang serta undang-undang untuk melindungi mereka apabila mereka sudah lulus nanti.

“Kami memikirkan kepada siapakah kami akan meninggalkan warisan ini, memastikan ia tidak akan hilang,” kata Ramirez. “Sepuluh tahun yang lalu, kami tidak mempunyai insurans hayat, insurans kemalangan, kami tidak mempunyai apa-apa,” jelasnya kepada AFP.

Hadiah dari ‘birdman’

Namun inti pati ritual ini, yang telah dimasukkan dalam senarai UNESCO warisan budaya pada tahun 2009, masih kekal. “Belia-belia muda datang ke sekolah ini untuk mempelajari tentang nilai ritual itu, di mana ada kalanya sangat penting dalam kehidupan mereka, sekali gus mengintegrasikan rohani, mental dan juga emosi,” kata Franciso Hernandez berusia 51 tahun dan salah seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut.

Tradisi ini akan dipertunjukkan setiap tahun lazimnya ketika menjelangnya ‘The Spring Equinox’ di kawasan tanah tinggi Tajin, bertepatan dengan Festival Kebudayaan yang diadakan di bandar Papantla, Veracruz, baru-baru ini.

Belia muda atau dikenali sebagai penerbang Papantla ini turut mengembara ke beberapa buah negara seperti Britain, Perancis, Switzerland, Itali dan Emiriah Arab Bersatu. Terima kasih atas usaha gigih mereka, kini belia muda tersebut mempunyai insurans nyawa yang melindungi mereka di Mexico dan di luar negara, perjanjian yang berjaya dicapai dengan pihak kerajaan pada tahun 2009.

Eugenio San Martin merupakan salah seorang pelajar di sekolah terbang itu. Pelajar muda yang berusia 14 tahun itu berasal dari sekelompok keluarga yang sememangnya mengamalkan voladores sebelum ini, iaitu ayah dan juga datuknya. Eugenio sedang mempelajari untuk menjadi seorang caporal, penari yang bertanggungjawab untuk mengimbangi tiang sambil memainkan seruling dan gendang. “Saya bermula ketika berusia tujuh tahun, kerana saya sangat menyukainya,” katanya kepada AFP. “Pertama kali saya memanjat tiang, saya sangat takut, tetapi guru ikut serta memanjat tiang tersebut bersama saya,” tambahnya.

Sekolah tersebut turut mengalu-alukan 100 pelajar baharu setiap tahun yang berumur antara lapan hingga 10 tahun. Tetapi hanya sekitar 20 pelajar sahaja dalam setiap kelas akan diambil untuk menjadi lebih profesional, kata Hernandez. “Bukan semua orang mempunyai kualiti bakat yang diinginkan,” katanya. “Apabila anda mempunyai kuasa itu, anda akan dapat melihat melalui matanya,” tambahnya.

“Tidak ada tempoh masa untuk belajar ritual ini,” kata Hernandez. Sekurang-kurangnya 10 tahun untuk mendalami lagi tradisi ini. Namun pada hakikatnya, anda tidak pernah akan berhenti belajar, tambahnya. “Ironinya, terbang adalah bahagian yang mudah, apa yang perlu ditekankan ialah untuk mempelajari simbolisme tradisi,” jelasnya kepada media. – AFP

Artikel sebelum iniTelBru hulur sumbangan
Artikel seterusnya25 belia lawat Jabatan Penjara
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -