Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Usaha mencari 7 pelombong hilang diteruskan

    WARSAW, 21 APRIL – Anggota kru kecemasan di selatan Poland bertungkus-lumus hari ini untuk mewujudkan keadaan bawah tanah yang membenarkan usaha mencari tujuh pelombong diteruskan dan menyelamat kakitangan yang masih hilang selepas letupan gas metana dalam lombong arang batu membunuh lima orang.

    Syarikat JSW, yang mengendalikan lombong Pniowek, berkata anggota kru sedang membina sistem pengudaraan dan pam air ke kawasan mencari untuk mengurangkan paras gas metana dan risiko letupan seterusnya.

    Syarikat berkata 25 orang yang cedera dalam letupan masih ditahan di hospital, sembilan di antara mereka dalam keadaan amat serius di sebuah hospital di Siemianowice Slaskie yang pakar dalam merawat mangsa kemalangan lombong, terutamanya mereka dengan luka bakar teruk.

    Letupan pertama berlaku sejurus selepas tengah malam semalam kira-kira 1,000 meter di bawah tanah di lombong di Pawlowice, berhampiran sempadan Czech.

    Tiga jam selepas operasi menyelamat, letupan kedua yang lebih besar meletus. Perhubungan terputus dengan beberapa anggota menyelamat, dan operasi dihentikan selepas itu.

    13 anggota menyelamat menunggu hari ini untuk meneruskan usaha mencari lima anggota menyelamat dan dua pelombong yang masih hilang.

    Poland bergantung pada arang batu import untuk hampir 70 peratus daripada tenaganya, menerima kritikan daripada Kesatuan Eropah dan pertubuhan alam sekitar yang bimbang mengenai pelepasan karbon dioksida dan perubahan iklim. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...