Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha menyelamat dijalankan di lombong emas Tanzania

    NAIROBI, 29 Jan – Operasi menyelamat telah dijalankan untuk cuba membebaskan kira-kira 14 pelombong emas yang terperangkap di bawah tanah selama dua hari di utara Tanzania, lapor media tempatan hari ini.

    Mereka terperangkap kira-kira 35 meter di bawah syaf lombong, kata gabenor wilayah Geita, Ezekiel Kyunga memberitahu media kerajaan.

    “Kami berharap untuk menemui mereka hidup-hidup,” katanya, memetik bahawa kawasan sedalam 20 meter (60 kaki) sudah dicapai.

    “Operasi itu dijalankan dengan penuh berjaga-jaga untuk mengelak sebarang tanah runtuh yang boleh merumitkan lagi keadaan.”

    Menurut akhbar Tanzania, pekerja telah terperangkap dalam lombong yang dioperasi China sejak Jumaat.

    Tanzania merupakan pengeluar emas keempat terbesar di Afrika dan logam berharga itu adalah salah satu sumber utama mata wang asing negara berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda