Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Usaha menyelamat dipergiat

    CIANJUR, INDONESIA, 23 NOV – Lebih ramai anggota penyelamat dan sukarelawan dikerahkan ke kawasan paling teruk terjejas di Pulau Jawa untuk mencari mangsa yang terkorban atau hilang akibat gempa bumi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 268 orang.

    Masih ramai mangsa yang dilaporkan hilang manakala kawasan pedalaman sukar diakses. Selain itu lebih 1,000 orang dilaporkan mengalami kecederaan berikutan gempa berukuran 5.6 magnitud.

    Hospital berhampiran pusat gempa di pulau yang padat penduduk itu sudah terbeban, dengan pesakit terpaksa menunggu dalam khemah-khemah yang dipasang di luar untuk menunggu mendapatkan rawatan.

    Lebih 12,000 orang anggota tentera dikerahkan untuk membantu usaha menyelamat yang telah dijalankan oleh lebih 2,000 orang anggota polis, agensi mencari dan menyelamat dan sukarelawan, kata Suharyanto, ketua Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan.

    Suharyanto berkata bantuan diberikan kepada ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan berteduh di pusat-pusat pemindahan sementara di mana bekalan diagihkan dengan berjalan kaki di kawasan permukaan yang tidak rata.

    Laporan televisyen menunjukkan anggota polis, tentera dan penyelamat menggunakan tukul besi, gergaji bulat dan tangan serta peralatan berkebun, menggali di kawasan yang paling teruk terjejas di perkampungan Cijendil. Perkampungan tersebut tertimbus oleh tanah, batu dan pokok akibat tanah susur. – AP

    Pasukan penyelamat mengangkat beg mayat di Cianjur pada 22 November selepas kejadian gempa yang mengorbankan sekurang-kurangnya 268 orang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...