Usaha menyelamat mangsa gempa bumi digiatkan

FILIPINA, 23 April – Penyelamat Filipina bergegas ke tempat kejadian gempa bumi kerana dikhuatiri ramai yang terperangkap di dalam bangunan runtuh akibat gempa bumi kuat melanda negara itu, kelmarin.

Sebanyak 11 kematian baharu telah dicatatkan.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud itu melanda barat laut ibu negara Filipina pada Isnin lalu, menurut Jabatan Geologi AS.

Gempa tersebut mengakibatkan kerosakan harta benda seperti lapangan terbang dan penduduk terpaksa berpindah dan meninggalkan kediaman.

Di wilayah Pampanga, gempa tersebut meragut 11 nyawa, kata pegawai bencana.

Para penyelamat mencari mangsa-mangsa gempa bumi di bawah runtuhan bangunan pasar raya akibat gempa berukuran 6.3 magnitud yang melanda bandar Porac, wilayah Pampanga utara Manila, hari ini. – AFP

Menurut kenyataan polis, lebih daripada 100 orang cedera dalam runtuhan bangunan di Manila.

Banyak krew telah ditugaskan di kawasan yang dilanda gempa bumi bagi menilai kerosakan yang dilaporkan. Antara kerosakan yang dialami termasuklah kuasa elektrik terputus dan gangguan komunikasi akibat gegaran tersebut.

Menurut ahli seismologi Filipina, lebih 400 gegaran gempa telah didaftarkan sejak gempa awal lagi.

Dalam pada itu, agensi berita Bernama turut melaporkan gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter berlaku di Samar, Filipina pada 1.37 tengah hari tadi.

Gempa bumi tersebut dilaporkan berlaku 29 kilometer (km) Timur dari Kepulauan Samar, Filipina. Gempa dengan kedalaman 88km itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami – AFP