Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha menyelamatkan anggur Raqa

    JAZRA – Semenjak dia melarikan diri dari kediamannya yang terletak berhampiran dengan pusat pemberontakan Jihad, Raqa di Utara Syria lebih dari sebulan yang lalu, Warda Al-Jassem tidak sabar untuk pulang dan menanam kembali anggurnya.

    Usahanya untuk menyelamatkan anggur itu telah menjadi obsesi mereka semenjak 50 tahun yang lalu bersama dengan suaminya namun semenjak pemberontakan berlaku, dia dan suami terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

    Rumah mereka terletak di Jazra, pinggir barat Raqa, ibu kota Syria yang mana telah dimonopoli oleh IS.

    Namun kini, wilayah itu telah kembali tenang setelah pakatan Arab dan Kurdish disokong tentera AS bertempur untuk menggulingkan pemberontak itu.

    Al-Jassem dan suaminya telah berlindung di kawasan Al-Andalus sekitar 25 kilometer Utara Raqa. Dia sentiasa risau keadaan anggur mereka. Diiringi oleh jiran-jiran, dia telah pulang semula ke rumahnya pada minggu lepas buat pertama kali setelah meninggalkannya selepas gerakan IS memaksa kejiranan itu untuk pergi meninggalkan kawasan itu.

    Dia menggunakan baldi dan menuangkan air di bahagian bawah trellis untuk menyelamatkan seluruh pokok anggur itu. – AFP
    Dia menggunakan baldi dan menuangkan air di bahagian bawah trellis untuk menyelamatkan seluruh pokok anggur itu. – AFP

    Disebabkan masalah jantung, suaminya tidak dapat membantu untuk meneruskan penanaman anggur mereka. “Semenjak kami pergi dari sini, satu-satunya perkara yang saya risaukan ialah apa yang telah berlaku kepada pokok-pokok anggur kami, kerana pokok-pokok ini memerlukan air setiap hari untuk kekal subur,” kata Jassem kepada wartawan AFP. “Pokok ini memerlukan air dan saya telah kembali untuk memberikan tanaman ini air,” tambah Jassem lagi kepada media. Wanita bermata biru dan bertudung sulam hitam kelihatan sedang memetik buah anggur berwarna kuning dan daun anggur yang sudah kering. “Pokok ini sudah mati kerana sangat dahaga,” kata Jassem dengan perasaan sedih.

    Kebanyakan pokok-pokok anggur kelihatan sudah layu namun masih terdapat beberapa pokok masih menghijau seolah-olah mampu bertahan pada musim panas yang sangat membara.

    Melihat daripada paras rupa wanita itu, Jassem kelihatan sangat tekun untuk memastikan pokok-pokok anggurnya akan terus subur. Kemudian, dia menggunakan baldi dan menuangkan air di bahagian bawah trellis untuk menyelamatkan seluruh pokok anggur itu. Setelah itu, dia kembali senyum, misinya tercapai. Semenjak itu, dia menggesa kawan-kawannya untuk mengumpul anggur yang masih boleh dimakan.

    Barang berharga

    Di rumah, dia bergegas untuk mencari barang-barang berharga seperti beg pudina kering dan pelbagai perasa yang lain dan coli berwarna. Sebelum berangkat semula ke kawasan kem perlindungan, dia mengisi botol plastik dengan minyak pemanas. Rumah Jassem mungkin telah terhindar dari keganasan yang melanda di Raqa namun kebanyakan rumah jirannya, seperti Maryam Mustafa, tidak bernasib baik, musnah dan hancur disebabkan pergolakan itu.

    Melihat daripada paras rupa wanita itu, Jassem kelihatan sangat tekun untuk memastikan pokok-pokok anggurnya akan terus subur. – AFP
    Melihat daripada paras rupa wanita itu, Jassem kelihatan sangat tekun untuk memastikan pokok-pokok anggurnya akan terus subur. – AFP

    Apabila dia kembali semua ke rumah, Mustafa melihat beberapa pejuang-pejuang pasukan Demokrasi Syria yang benci terhadap gerakan IS sedang duduk di atas rumahnya.

    Di dalam rumahnya, kelihatan mesin basuhnya telah rosak, kebanyakan pakaian keluarga berselerak malah kebanyakan barang-barang milik mereka dicuri dan hilang.

    Ruang tamu mereka tidak lagi dapat dikenali disebabkan rosak teruk malah kaca TV, set kerusi sofa dan juga perhiasan bantal Arab juga turut hilang.

    “Saya pulang ke rumah dan hanya mendapati kerosakan serta kemusnahan. Segala-galanya telah rosak dan juga telah dicuri,” kata wanita itu kepada wartawan AFP.

    Mustafa ketika itu kelihatan menggunakan tudung berwarna-warni dan wajahnya tersembunyi daripada pandangan orang ramai dan hanya mata kelihatan berair.

    Pejuang SDF meyakinkannya bahawa ini adalah situasi dan keadaan rumahnya apabila pasukan itu sudah berada di kawasan itu. “Saya tidak menuduh sesiapa,” tambah Mustafa dengan lembut dan tabah.

    Dia telah berusaha untuk mendapatkan kembali kebanyakan barang-barang peribadinya seperti abayas biru dan oren serta selendang bulu putih bersama dengan beberapa mainan kanak-kanak dan kasut milik anak perempuannya.

    Gerakan IS telah memaksa kaum wanita di Raqa untuk memakai pakaian berwarna hitam, menutup muka mereka dengan tudung niqab penuh malah badan mereka juga perlu ditutup dengan jubah panjang tradisional atau abaya.

    Mustafa memikirkan mengenai peperangan yang bergemuruh beberapa kilometer dari kediamannya dan senyap seketika.

    “Orang ramai mati di rumah mereka sendiri sementara anak-anak kita selamat, kita mesti berterima kasih kepada Tuhan, semuanya dapat diperbaiki dan kita melangkah ke hidup baru,” tambah Mustafa mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda