Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Usaha proaktif bangunkan ekonomi mampan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Pertumbuhan ekonomi yang mampan memerlukan usaha kolektif daripada semua pihak berkepentingan.

    Dalam hal ini, kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk terus berubah supaya dapat memaju serta membangunkan ekonomi Negara Brunei Darussalam secara mampan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dalam ucaptama semasa Forum Ekonomi Mampan yang berlangsung di Collaboration Hub, Kampus RB, hari ini.

    Beliau menerangkan bahawa usaha-usaha yang dilaksanakan termasuk melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang diperlukan, menyediakan infrastruktur yang boleh diakses dan berkualiti, memperbaiki penyampaian perkhidmatan dan urus tadbir sektor awam, mengintegrasikan pasaran global dan serantau serta memulihara alam sekitar.

    Bagi mencapai hasrat itu, bukannya satu perjalanan yang mudah. Sebuah ekonomi mampan bermakna perniagaan akan terus berkembang maju di mana ia akan sentiasa menyediakan peluang-peluang pekerjaan berkualiti tinggi tanpa menyebabkan kita kehilangan nilai-nilai tradisional, budaya dan sosial yang unik serta memulihara alam sekitar selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi Mampan yang berlangsung di Collaboration Hub, Kampus RB, kelmarin.

    Terdahulu dalam ucaptama berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf menerangkan bahawa pertumbuhan ekonomi di Brunei masih bergantung pada sektor minyak dan gas yang tertakluk kepada ketidakpastian seperti kesesakan bekalan, ketidakpastian pasaran minyak dan gangguan bekalan gas dan minyak yang tidak diduga.

    Mengenal pasti akan keadaan itu, tambahnya, pihak kerajaan terus melaksanakan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi daripada hidrokarbon dan selaras dengan Wawasan Brunei 2035 untuk mentransformasikan negara, kerajaan telah menerbitkan Pelan Tindakan Ekonomi pada 2021.

    Pelan tindakan berkenaan dihasrat dijadikan garis panduan pelaksanaan bagi mencapai kepelbagaian dan pertumbuhan ekonomi dengan menumpukan pada lima sektor keutamaan iaitu makanan, hiliran minyak dan gas, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta perkhidmatan termasuk pelancongan.

    Selain itu, Yang Berhormat Dato juga menyatakan bahawa bagi sebuah negara yang kecil, Negara Brunei Darussalam harus memastikan sekuriti makanan untuk negara dan adalah amat mustahak bagi Brunei untuk mengembangkan lagi sektor makanannya dengan meningkatkan keluaran serta mengukuhkan lagi rantaian nilai tempatan supaya dapat mengurangkan kebergantungannya kepada import luar negara terutamanya bagi beberapa komoditi terpilih.

    Untuk meningkatkan pengeluaran tempatan dengan mampan, jelasnya, kita perlu meningkatkan produktiviti dengan memanfaatkan teknologi dan meminimumkan pembukaan kawasan-kawasan baharu.

    Beliau mengambil maklum bahawa terdapat beberapa pengeluar makanan utama atau syarikat-syarikat di negara ini, yang telah mula mengguna pakai automasi atau pertanian ketepatan, pengurusan air yang lebih baik menerusi kejuruteraan dan penggunaan teknologi seperti dron bagi penaburan baja yang efektif, mengurangkan penggunaan agrokimia, Internet of Things (IoT) bagi pemantauan ladang, sistem pengeluaran tanaman automatik serta mengurangkan impak alam sekitar. Beliau juga menyatakan bahawa sektor berkenaan mula menerima ekonomi circular dan berubah menjadi lebih pintar bagi meningkatkan pengeluaran secara mampan.

    Menyentuh mengenai industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf berkata adalah amat penting bagi industri berkenaan menggunakan amalan mementingkan alam sekitar menerusi Pelancongan Regeneratif.
    Melalui konsep itu, para pelancong boleh mempunyai penglibatan langsung dalam memperbaiki alam sekitar, ekonomi tempatan dan memulihara budaya tempatan di destinasi percutian mereka.

    “Kita beruntung kerana mempunyai Abode Resort and Spa di Kampung Peradayan, Temburong sebagai sebuah eco resort yang mengamalkan inisiatif hijau seperti beroperasi menggunakan 100 peratus grid solar dan juga menyokong komuniti setempat,” tekannya.

    Dalam masa yang terdekat, jelas beliau, kita akan menyaksikan pembangunan dan operasi sebuah resort atau tempat peranginan mesraeko di Ulu Temburong bersama dengan pemuliharaan kehidupan liar dan alam semula jadi oleh Mandai Park Holdings, Singapura.

    Mengulas mengenai kemampanan ekonomi, Yang Berhormat Dato berkata adalah amat mustahak bagi negara untuk mempunyai sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mantap.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...