Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Usaha promosi Bahasa Melayu terus diperkasa

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Dalam usaha untuk terus memberigakan dan mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, beberapa langkah tetap diperkasakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negara Brunei Darussalam demi merealisasikan matlamat berkenaan.

    Antara yang dilaksanakan adalah Tamu Bahasa, Bengkel Penulisan, Baca Puisi Antarabangsa, Segmen Bahasa dan Kesusasteraan melalui program Rampai Pagi, Radio Televisyen Brunei (RTB), Penyebaran Hasil Penyelidikan Bahasa dan Budaya Melayu dan sebagainya.

    “Pada tahun ini, pemberigaan berkenaan banyak digunakan secara maya dan Insya-Allah kaedah dalam talian dan juga fizikal akan dilaksanakan dalam meniti norma baharu.”

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin bagi menjawab persoalan berhubung keperluan yang akan digunakan daripada peruntukan tahun kewangan 2022/2023, sebanyak $33,400, bagi aspek pemberigaan dan mempromosikan Bahasa Melayu yang dikemukakan oleh ahli Majlis
    Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad semasa permesyuaratan MMN yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, petang tadi.

    Mengulas persoalan Yang Berhormat Awang Iswandy berhubung pemerkasaan usaha dalam mempromosikan golongan penulis muda di negara ini, Yang Berhormat Dato mengongsikan mengenai Program Penulis Muda yang dilancarkan oleh DBP pada 2019 dan ia diadakan dua kali setahun dengan menyasarkan kepada golongan penulis berumur antara 15 hingga 35 tahun.

    Beliau turut mengongsikan bahawa DBP juga akan melaksanakan inisiatif-inisiatif antaranya akademi penulis, kelab penulis kanak-kanak dan projek sastera menyasarkan pelajar Tahun 4 hingga 6 bagi melahirkan lebih ramai penulis-penulis muda tanah air.

    Yang Berhormat Awang Iswandy semasa menghadiri permesyuaratan MMN. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...