Usaha rapatkan hubungan Muslimah masjid

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Bagi menyatupadukan hubungan silaturahim bersama pelajar-pelajar Muslimah Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS) Kampung Katimahar, seramai 45 orang jemaah Muslimah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitiri, kelmarin.

Majlis yang diadakan di luar perkarangan Masjid PSBSOAS Kampung Katimahar itu dihadiri oleh pelajar-pelajar Muslimah yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Muqaddam. Turut hadir ialah Imam masjid berkenaan, Haji Zainal bin Haji Othman.

Bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut, para Muslimah telah bekerjasama membawa pelbagai juadah makanan untuk dihidangkan kepada mereka yang hadir dan seterusnya berkumpul bagi berkongsi pengalaman, idea dan seterusnya mengambil gambar kenangan.

Antara tujuan sambutan itu diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para jemaah Muslimah serta menyatupadukan hubungan kekeluargaan dalam kalangan para pelajar.

Majlis tersebut diadakan pada setiap tahun dalam sama-sama memeriahkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri.

Para Muslimah Masjid PSBSOAS Kampung Katimahar yang turut hadir dalam memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.
Para Muslimah Masjid PSBSOAS Kampung Katimahar yang turut hadir dalam memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.