Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha tambah simpanan darah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 21 Julai –  Warga Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd hari ini menambahkan simpanan darah Unit Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dengan menganjurkan Kempen Derma Darah ke-9 di ibu pejabatnya.

    Kempen bertemakan ‘Bleed for A Cause’ merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan syarikat berkenan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangannya mengenai kebaikan menderma darah yang juga boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

    Kempen selama tiga jam itu melibatkan pegawai dan kakitangan syarikat tersebut yang menurut Bahagian HSSE Korporat syarikat, ia juga bertujuan menanai tanggungjawab dan sebagai amalan berkebajikan warganya.

    Turut menderma darah ialah Timbalan Pengarah Perhubungan Korporat, Haji Osman bin Haji Omar, Timbalan Pengarah Operasi, Malai Shamil Faris bin Haji Malai Abdul Hamid dan Pengurus HSSE Korporat, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abdul Latif.

    Antara yang terlibat menyertai kempen derma darah anjuran Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.
    Antara yang terlibat menyertai kempen derma darah anjuran Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda