Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Usaha terus dilakukan bagi jaminan air bersih

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Beberapa usaha yang telah dan akan dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menjamin bekalan air bersih yang berterusan di negara ini.

    Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar se Persidangan MMN hari ini me-ngongsikan mengenai gangguan tekanan air rendah dan kualiti warna air bersih sejak kebelakangan ini di beberapa tempat dan kawasan terutama sekali di Daerah Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan, pihak kementerian menyedari gangguan bekalan air yang sering terjadi dan akan terus berusaha mena-ngani isu penting itu seberapa segera.

    Usaha-usaha bagi mengatasi isu itu dilaksanakan sebelumnya oleh JKR dengan membaiki peralatan ke atas aset perbekalan air yang terdapat di Loji rawatan Air Bukit Barun.

    Katanya lagi, “masalah yang sama masih jua berterusan yang mana dapat dirumuskan bahawa loji tersebut yang sudah berusia lebih dari 30 tahun tidak berkeupayaan untuk membersihkan keadaan air mentah yang mengandungi bahan organik yang tinggi dengan baik dan sempurna dan perlu ditingkatkan.”

    Untuk jangka sederhana, kerja-kerja menaiktarafkan Loji Rawatan Air Bukit Barun sedang dilaksanakan ketika ini yang mana kerja membaikpulih Loji Rawatan Air Peringkat 4 dan 5 Bukit Barun di mana Fasa 1 telah siap dilaksanakan.

    Ini telah dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran sebanyak 15 peratus bergantung kepada keadaan air mentah.

    Manakala Fasa 2 yang masih dalam perlaksanaan dan dijangka siap pada hujung tahun ini, akan memberi peningkatan kuantiti dan kualiti air yang lebih tinggi dan memuaskan.

    Sementara untuk peranca-ngan jangka panjang pula, JKR telah menyegerakan projek pembinaan tambahan kepada Loji Penapisan Air Bukit Barun Peringkat 8 yang diperuntukkan di bawah RKN ke-11 dengan harga rancangan sejumlah $92 juta.

    “Loji itu akan direka bentuk khusus untuk membolehkan merawat keadaan air keruh akibat dari bahan organik yang tinggi dari Sungai Tutong de-ngan efisien dan sempurna. Projek ini mendukung strategi keefisienan air,” jelasnya.

    Kerja-kerja infrastruktur tanah dan bangunan telah bermula dan insya-Allah dijangka akan siap pada tahun 2025 dan akan memberi impak positif ke atas bekalan air serta akan menjamin kualiti air bersih yang baik dan berterusan lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...