Usahawan belia terserlah
Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Usaha untuk menyaksikan lebih banyak belia tempatan maju dalam dunia keusahawanan membuahkan hasil apabila tiga buah syarikat belia tempatan menjadi syarikat-syarikat pertama yang dianugerahkan kontrak di bawah Program i-Usahawan semasa Majlis Penandatanganan Kontrak yang berlangsung di Auditorium, Bangunan Rekaan dan Teknologi, Anggerek Desa, hari ini.

































