Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usain Bolt All Stars ungguli Nitro Athletics

    MELBOURNE, Australia, 12 Feb – Usain Bolt dan pasukan All Stars-nya melengkapkan penguasaan bersih siri Nitro Athletics semalam, dengan Bolt memenangi perlumbaan 150 meter dalam kemunculan solonya bagi perlumbaan tiga malam itu.

    Dengan Asafa Powell dan Bolt bekas dan pemegang rekod dunia 100 meter- -berlari dalam dua perlumbaan terbuka bagi penentuan relay campuran 4×100 meter, All Stars memastikan mereka mengurangkan defisit 38 mata ke atas Australia untuk menamatkan tempat pertama pada keseluruhannya dalam acara berpasukan yang melibatkan England, Jepun, New Zealand dan China.

    Juara lapan kali Olimpik, Bolt, memenangi acara 150 meter dalam masa catatan 15.28 saat. Perlumbaan Nitro memperkenalkan relay campuran, larian pecut ke atas perlumbaan jarak bukan tradisi dan penyingkiran di mana pelari yang berada di kedudukan terakhir setiap pusingan akan disingkirkan.

    “Saya merasa gembira, ia begitu hebat,” kapten All Star dan jurulatih Bolt berkata selepas kemenangan pasukan itu. “Saya berkata kami akan memberikan tekanan dan itu adalah apa yang kami lakukan.”

    Usain Bolt meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya Asafa Powell. - AP
    Usain Bolt meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya Asafa Powell. – AP

    Pada Jumaat, presiden IAAF, Sebastian Coe berkata dia adalah peminat besar konsep Nitro.

    “Saya terlibat, saya berseronok dan ketawa dan sukan itu hilang buat masa yang panjang,” kata Coe. “Ia adalah permulaan yang bagus. Ia adalah perkara jelas untuk menyatakan tetapi melainkan kita memperkenalkan pembaharuan, kita akan menjadi kurang relevan dan kita tidak dapat melakukannya.”

    Nitro dibangunkan oleh bekas pelari 400 meter dari Australia, John Steffensen dan Olahraga Australia, sementara Bolt juga menjadi tokoh utama dan memiliki pegangan dalam konsep itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda