Usain Bolt buat panggilan mengejut

MANCHESTER, 1 Jan – Saluran televisyen rasmi Manchester United menerima kejutan apabila lelaki terpantas dunia Usain Bolt menelefon mereka bagi membincangkan kemenangan 2-1 ke atas Middlesbrough dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Dalam sesi panggilan selepas perlawanan, penyampai MUTV, Mandy Henry memperkenalkan pemanggil seterusnya sebagai ‘Usain dari Jamaica’ namun kemudian berkata: “Ini bukan Usain Bolt kan?”

Bagaimanapun juara Sukan Olimpik sembilan kali itu menjawab soalan berkenaan dengan berkata: “Ini Usain Bolt. “Mereka beraksi seperti pasukan Manchester United yang dulu,” kata Bolt. “Mereka mara, memberi tekanan dan bertahan dengan baik, itu cara Manchester United. Ia satu perlawanan yang hebat, saya sangat gembira.” – AP