MONACO, 23 Julai – Bintang pecut dari Jamaica, Usain Bolt mencatatkan larian terbaik 9.95 saat dalam acara 100m untuk memenangi Diamond League di Monaco pada Jumaat lalu.
Dalam kemunculan kedua di Eropah dalam musim terakhirnya, Bolt menghasilkan persembahan kuat segmen kedua untuk mengatasi masa catatan Isiah Young dari AS dengan hanya 0.03saat.
Bolt, pemenang lapan pingat Olimpik dan 11 pingat emas dunia, akan melabuhkan tirai kerjayanya dalam kejuaraan dunia pada Ogos depan yang akan diadakan di London.
Tetapi buat masa ini, ia masih lagi satu hiburan, dan Bolt, seperti yang dilakukannya secara konsisten sepanjang kerjayanya, beraksi di depan penonton seramai 17,000 di Stadium Louis II apabila diperkenalkan dalam keadaan cuaca yang panas dan nyaman.
Bermula di lorong keempat, Bolt adalah kedua perlahan dari blok, pemegang rekod dunia 100m dan 200m itu dengan mudah disaingi oleh Young di lorong kedua.


Orang ramai berdiri, dan Bolt memberikan tindak balas seperti yang dilakukannya banyak kali sebelum ini, berada dalam ‘fasa kelajuan’, dengan perlahan mendongakkan kepala sebagai sebahagian dari proses melepaskan tenaga penuh dari kakinya yang panjang.
Pelari dari Jamaica itu menguasai perlumbaan, mudah melepasi garisan, dengan Young ditempat kedua dan Akani Simbine dari Afrika Selatan di tempat ketiga (10.2).
“Ia adalah bagus,” kata Bolt dengan catatan 100m di bawah 10 saat yang ke-53. “Saya menuju ke arah yang tepat, walaupun masih banyak tugasan yang perlu dilakukan. Bawah 10 saat selalunya bagus.”
Bagaimanapaun, Bolt yang dalam keadaan keliru, dinafikan peluang bagi pusingan penghormatan kerana acara lelaki lari berhalangan 3000m, yang dimenangi oleh Evan Jager dari AS, diadakan hanya selepas itu, bermakna pelari dari Jamaica itu tergesa-gesa dibawa keluar dari trek.
Dia kemudian kembali dan meraikannya bersama kumpulan penyorak. – AFP