Usia 105 tahun bukan penghalang

SAINT-QUENTINE-EN-YVELINES, Perancis, 4 Jan – Robert Marchand memburu rekod dunia seterusnya apabila menyertai perlumbaan basikal dalam ujian ketahanan senior hari ini.

Menyertai uber-senior sementara masih lagi cergas, penunggang dari Perancis itu berusia 105 tahun dan berlumba dalam kategorinya sendiri.

Tiga tahun lalu dia berjaya menunggang 26.927 kilometer (hampir 17 batu) di velodrome Saint-Quentin-en-Yveline di luar Paris, satu rekod bagi seseorang yang berusia lebih 100 tahun.

Dia berkata melepasi jarak itu dalam tempoh satu jam adalah sukar tetapi dia berazam untuk mencubanya, walaupun lelaki yang berumur itu menegaskan: “Saya tidak berada dalam kedudukan bagus seperti beberapa tahun lalu.

“Jika saya mampu, saya menjadi luar biasa, dan saya tidak.”

Gambar fail pada 31 Januari 2014, me-nunjukkan Robert Marchand, pada ketika itu berusia 102 tahun, menunggang bagi memecahkan rekodnya sendiri di velodrome Saint-Quentin-en-Yveline. – AFP
Gambar fail pada 31 Januari 2014, me-nunjukkan Robert Marchand, pada ketika itu berusia 102 tahun, menunggang bagi memecahkan rekodnya sendiri di velodrome Saint-Quentin-en-Yveline. – AFP

Peminat yang kagum memujinya ketika dia bersedia bagi cabaran itu.

“Dia seorang ‘Martian’, dia seorang luar biasa,” kata Jean Ridel, ‘baru’ berusia 84 yang menyertai untuk mencatatkan rekod dalam kategori 85 tahun pada tahun depan.

Pada usianya, tidak mengira Marchand, “Anda perlu mampu untuk mengekalkan keseimbangan di atas basikal dan menjangkakan selekoh,” kata Ridel.

Kedudukan Marchand mungkin kurang dari yang dicatatkan Bradley Wiggins 54.526 kilometer, namun veteran ini adalah di antara veteran yang tidak kurang mendapatkan pujian.

“Saya tidak berada di sini untuk menjadi juara, saya berada di sini untuk membuktikan bahawa pada usia 105 tahun anda masih boleh menunggang basikal,” jelas Marchand, yang melengkapkan 110 pusingan dalam cubaannya pada tahun 2014. – AFP