Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usia tidak halang Venus ke final

    MELBOURNE, 26 Jan – Venus William merenung kembali perjuangannya selama ini untuk bersaing dalam final Grand Slam buat pertama kali sejak 2009 hari ini, mengetepikan Coco Vendeweghe di Terbuka Australia.

    Pemain itu, 36, menguasai pertandingan dalam usaha menewaskan pemain senegara dari AS, 6-7 (3/7), 6-2, 6-3 di Rod Laver Arena.

    Dalam menghasilkan penentuan, dia menjadi finalis tertua di Melbourne Park dalam era Terbuka, menyertai senarai pilihan yang berusia 30-an untuk pergi sejauh itu termasuk Chris Event dan Martina Navratilova.

    Pilihan ke-13 itu juga mencatatkan rekod bagi penantian paling lama di antara final utama dengan tujuh setengah tahun, berikutan kemunculan terakhirnya di final Wimbledon pada 2009.

    “Ini begitu bermakna, terutamanya kerana dia beraksi dengan baik, saya perlu bertahan buat masa yang lama,” kata Williams, yang menjerit dan membuat pusingan selepas mencatatkan kemenangan itu.

    “Tidak terdapat masa berehat, untuk berjaya ke final seperti ini, saya hanya teruja mengenai tenis AS.

    “Ia begitu bermakna, membesar seperti yang saya mahukan untuk mendapatkan peluang ini beraksi dalam pertandingan. Ia lebih dari kegembiraan, lebih daripada yang saya impikan.”

    Biarpun memenangi tujuh Grand Slam dan meraih tempat kedua sebanyak tujuh kali, Williams hanya mara sekali ke final di Melbourne, pada 2003, apabila tewas dalam tiga set kepada adiknya, Serena. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda