Friday, March 24, 2023
22.9 C
Brunei

-

USO Labuan tawar kaedah bayaran kripto

LABUAN, 15 APRIL – Pengendali pejabat berperkhidmatan terbesar Labuan, Universal Serviced Offices and Management Ltd (USO) memutuskan untuk menerima mata wang kripto sebagai salah satu kaedah pembayaran sekali gus menjadikannya sebagai syarikat pejabat berperkhidmatan berpangkalan di Malaysia yang pertama berbuat demikian.

Ketua Pegawai Eksekutif USO Hesham Mansour berkata bahawa keputusan untuk menerima guna transaksi mata wang kripto telah menjadi perancangan syarikat itu selepas melakukan penyelidikan pasaran pada tahun lepas.

“Ia suatu yang mengujakan untuk mengumumkan bahawa pada 6 April, 2022, USO mula menerima mata wang kripto, dan pengenalan ini merupakan sebahagian daripada pendekatan agresif kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami yang dihargai,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Hesham berkata kebanyakan pelanggannya adalah dalam sektor antarabangsa dan kewangan dari Jepun, Singapura dan India, dan USO akan membolehkan mereka dan pelanggan mereka dari Malaysia menggunakan Bitcoin dan Ethereum sebagai pilihan pembayaran bil.

Beliau berpandangan mata wang kripto secara kolektifnya adalah ‘mata wang yang lebih demokratik’ dengan bekalan terhad dan nilainya berasaskan kepada permintaan, ‘sedangkan mata wang fiat seperti dolar AS terbuka kepada manipulasi oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Rizab Persekutuan AS yang mengurangkan kredibiliti mata wang, dan kebelakangan ini meningkatkan tekanan inflasi.’ – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -