Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Utamacon lancar Buku Panduan Kos Minyak dan Gas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Utamacon (B) Sdn Bhd, sebuah syarikat ukur bahan tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS), telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku panduan kos pertamanya bagi industri minyak dan gas Brunei.

    Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh pemegang kontrak BSP Asset Engineering Services – AES & Project Control Services, Pengiran Yuly Hasmulhayat binti Pengiran Hashim selaku tetamu kehormat dan wakil Contract Site BSP Project Control Services, Dayang Siti Ramizah binti Haji Manap serta pengurusan kanan Kumpulan Syarikat Utamacon.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Mohd Hizamie bin Abdul Razak diikuti dengan ucapan perasmian daripada Pengarah Urusan Utamacon (B) Sdn Bhd, Awang Mohammad Shafie bin Haji Mohd Yusof.

    Awang Mohammad Shafie menyatakan penghargaan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) atas sokongan yang telah diberikan kepada Utamacon. Sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat itu dalam memberi pulangan kepada negara, Utamacon memulakan pengeluaran buku panduan kos pada tahun 2018.

    Beliau seterusnya menyatakan bahawa buku panduan itu mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk dihasilkan.

    Walaupun Utamacon pada masa lalu telah menghasilkan beberapa buku panduan kos dan jadual kadar untuk pelbagai pelanggan mereka dalam industri pembinaan Brunei, buku panduan itu merupakan satu cabaran untuk dihasilkan kerana data kos tidak tersedia dari pasaran mahupun dalam domain awam.

    Industri minyak dan gas merupakan salah satu industri terbesar di Brunei dan telah wujud sejak beberapa dekad lalu.

    Beliau berharap buku panduan ini dapat digunakan oleh pelanggan termasuk institusi pendidikan tempatan sebagai rujukan dokumen.

    Selain itu, beliau menyebut bahawa buku tersebut akan menjadi dokumen langsung dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

    Tetamu kehormat bersama pengurusan kanan Kumpulan Syarikat Utamacon semasa pelancaran buku panduan kos minyak dan gas pertamanya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...