Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Utamakan keselamatan semasa memandu

    Seiring berkembangnya zaman, teknologi informasi dan komunikasi sangat berpengaruh dalam aktiviti harian tidak mengira umur sama ada golongan muda mahupun tua.

    Sebagai contoh penggunaan media sosial ketika ini dapat membantu seseorang mendapatkan dan menyebarkan informasi hanya di hujung jari sahaja. Di samping itu juga media sosial ini dapat membantu para peniaga menarik pelanggan dan bagi pempengaruh (influencer) pula memudahkan mereka mendapat pengikut yang lebih ramai.

    Namun persoalan di sini perlukah penggunaan media sosial seperti Tiktok digunakan semasa memandu demi meraih pengikut untuk menonton video yang dikongsikan sehingga membahayakan pemandu lain?

    Perkara ini berlaku baru-baru ini ketika saya dalam perjalanan menuju ke sekitar Gadong. Sebelum saya sampai ke kawasan pusing keliling Beribi, saya mendapati sebuah kereta dipandu secara berbahaya, di mana kelihatan kereta berkenaan nyaris melanggar pengadang jalan dan kereta-kereta pemandu lain.

    Ketika berhenti di lampu merah pusing keliling Beribi dan saya betul-betul berada di belakang kereta berkenaan, ternyata sebenarnya pemandunya sedang merakam video Tiktok semasa memandu.

    Perlukah berbuat demikan semata-mata meraih pengikut meskipun membahayakan orang lain?

    Perkara sebegini mungkin dilakukan oleh pengguna-pengguna di luar negara, namun sebagai pemandu di negara ini, mereka perlulah berhemah dan jangan terikut-ikut dengan budaya orang lain. Tidak kisahlah sama ada mahu meraih beribu-ribu atau berjuta-juta pengikut sekalipun melalui penstriman langsung, tetapi janganlah pentingkan diri sendiri.

    Mungkin pihak berkenaan perlu memantau pemandu seumpama ini dengan memasang kamera di beberapa laluan tumpuan.

    Mungkin kamera-kamera ini sudah sahaja terpasang namun seolah-olah tidak berfungsi. Dengan pemasangan kamera ini dapat memantau pemandu yang tidak berhemah dan memudahkan untuk menjejaki pemandu serta nombor pendaftaran kenderaan mereka.

    Diharap pihak berkenaan dapat menimbangkan pendapat saya ini demi keselamatan pengguna jalan raya lain.

    Ali Omar

    Menurut penulis, pemandu yang memandu secara berbahaya itu sebenarnya sedang melakukan rakaman Tiktok. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...