SEOUL, 27 JUN – Korea Utara hari ini memberi amaran kepada Korea Selatan untuk menghentikan ‘campur tangan’ dalam perbincangan nuklear antara Pyongyang dan Washington, menafikan dakwaan Presiden Moon Jae-in bahawa dialog sedang berjalan antara kedua-dua Korea.
“Kenyataannya adalah sebaliknya,” kata pegawai kanan kementerian luar negeri Kwon Jong Gun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita KCNA. – AFP